Friday, December 31, 2010

~ Cuti-Cuti Malaysia : Lumut 2010 ~

~ Jeti Lumut ~

~ Pulau Pangkor ~

~ Jeti Pulau Pangkor ~

~ Lumut Water Front ~

~ Lumut Water Front ~

Minggu ni aku bercuti selama lima hari. Bercuti dari timbunan kerja-kerja office yang tak pernah habis. Bercuti dan keluar dari kota metropolitan Kuala Lumpur pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak. Alang-alang balik kampung menghadiri kenduri perkahwinan adik sepupuku, aku dan husband sepakat untuk bercuti ke Lumut, Perak.

Perancangan awal, kami hanya  ingin bercuti dan berehat di Orient Star Hotel, Lumut dan membawa emak yang tidak pernah lagi sampai ke Lumut. Sambil tu, melayan kerenah dan kenakalan anak-anak buahku mandi kolam. Tapi last minit sampai di Lumut, kami sepakat untuk mengelilingi Pulau Pangkor. Maka apalagi, beratur la kami menaiki feri ke Pulau Pangkor. Tambang feri ke Pulau Pangkor dua hala bagiku agak murah iaitu RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.





Sampai di Jeti Pulau Pangkor kami menyewa sebuah van bersama pemandu mengelilingi Pulau Pangkor. Sewa sebuah van bersama pemandu ialah RM90.00 sebuah. Pemandu van kami boleh juga kugelar pemandu pelancong. Setiap tempat yang kami lawati dan singgahi, pasti ada cerita sejarah yang kami perolehi. Dilayan bagai pelancong asing, kami dibawa melawat tempat bersejarah dan menarik di sekitar Pulau Pangkor, antaranya Tugu Kota Belanda dan Pantai Pasir Bogak. Pulau Pangkor telah jauh berubah. Semakin pesat membangun dan semakin maju. Tak sama ketika aku mengelilingi pulau nie 10 tahun lepas. 



Apapun, bagiku satu hari berbaloi untuk mengelilingi Pulau Pangkor jika niat kalian hanya untuk melawat pulau nie. Tapi kalau niat dan hasrat kalian untuk berehat sambil menghirup udara segar dan mendengar alunan ombak, Pulau Pangkor adalah antara destinasi pilihan.  So jangan tunggu lama-lama, bercutilah di Pulau Pangkor. Hehehehehe..

Nota :- Perancangan asal hanya keluarga besarku seramai 9 orang sahaja
           yang bercuti ke Lumut, Perak. Tidak termasuk angah dan suami
           serta husna. Tapi last minit, pakcik aku pun join sekali.
           Bertambah la meriah dan seronok kami. Hehehe..

No comments: