Wednesday, January 12, 2011

~ Cuti-Cuti Malaysia : Kuala Kangsar Bandar Diraja ~

~ Ibu dan mertuaku di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar ~


~ Galeri kereta yang terdapat di Galeri Sultan Azlan Shah ~

~ Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar antara masjid yang tercantik di Malaysia ~

~ Istana Kenangan Bukit Chandan, Kuala Kangsar ~

Hah inilah antara tempat-tempat menarik yang terdapat di daerah kelahiranku, Kuala Kangsar Bandar Diraja. Semestinya sebagai anak Kuala Kangsar, aku bangga kerana selain terkenal dengan laksa, di sini juga terdapat tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dilawati seisi keluarga. Sesuai sebagai riadah di kala petang atau hujung minggu mahupun time cuti sekolah.

Kalau korang sampai ke Kuala Kangsar, jangan lupa pergi ke Bukit Chandan, melawat Galeri Sultan Azlan Shah. Bayaran masuk tak silap aku hanya RM4.00 seorang untuk dewasa. Semestinya korang akan terpegun melihat khazanah-khazanah peribadi Sultan Azlan Shah yang terdapat di galeri ini, bak kata iklan astro tu macam-macam ada. Dari koleksi jam, koleksi kayu golf hinggalah ke koleksi gambar peribadi keluarga termasuk gambar anakanda Raja Nazrin Shah, semuanya ada di sini. 

Setelah puas melihat koleksi peribadi Sultan Azlan Shah, jangan lupa menunaikan solat mahupun bergambar kenangan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.  Masjid ini adalah  antara masjid tercantik di Malaysia.  Tidak hairanlah ramai pasangan pengantin acapkali mengambil peluang mengabadikan detik terindah bergelar suami mahupun isteri berlatarbelakangkan masjid ini. 

Satu lagi tempat menarik yang terdapat di Bukit Chandan ialah Istana Kenangan. Namun, ketika ini Istana Kenangan dalam proses pengubahsuaian dan ditutup untuk kunjungan pelawat. Lupa la pula aku sampai bila.Heheheh..

Akhir kata, cuti-cutilah di Kuala Kangsar, Perak. Percutian yang berbaloi kerana di sini terdapat tempat2 menarik untuk dilawati. Kalau aku menaip mesti tak habis satu hari satu malam la. Inipun yang aku taip baru sedikit, banyak lagi tempat menarik di Kuala Kangsar. Selain tempat menarik, makanan pun sedap apa lagi kalau laksa, sedap tak terkira. Itu belum ambilkira keramahan dan kemesraan orang Kuala Kangsar. Jadi jom cuti-cuti Kuala Kangsar..

NOTA : Gambar-gambar  di  atas  kenangan  ketika  aku  dan  suami 
           membawa mertuaku menghadiri majlis perkahwinan di Taiping, 
           Perak. Apa lagi time tu la aku bangga promote  Kuala Kangsar 
           untuk  dilawati mertuaku.   Kiranya  boleh    jadi    duta  
           pelancongan la. Hehehe..

No comments: