Thursday, December 23, 2010

~ Dino's Alive @ Pusat Sains Negara ~






Last week aku dan husband pergi ke Pameran Dinosour di Pusat Sains Negara. Kebetulan ketika sedang membaca suratkhabar pagi itu, terbaca artikel pasal pameran tersebut. Apa lagi, aku pun ajak husband dengan mertuaku pergi. Kebetulan mertuaku datang dan aku sendiri pun tak pernah lagi pergi Pusat Sains Negara. 

Kami pergi dalam pukul 10.00 pagi. Ingatkan kami paling awal. Rupanya sampai di Pusat Sains Negara parking dah penuh. Ramai ibubapa yang mengambil kesempatan cuti sekolah datang membawa anak melawat pameran ini. Tiket untuk orang dewasa RM10.00 seorang. Manakala kanak-kanak kalau tak silap aku RM5.00 seorang.

Not bad juga pameran nie. Ada pelbagai bentuk dinosour siap dipasang dengan sound system lagi. Biasalah kalau dah pasang sound system, sedikit sebanyak mesti rasa takut. Puaslah juga aku perhatikan kanak-kanak yang dibawa oleh ibubapa mereka. Ada yang berani, ada yang takut dan menyorok di belakang ibu atau bapa. Malah ada juga yang menangis ketakutan. Apapun bagiku pameran ini sesuai sebagai salah salah riadah pilihan seisi keluarga di samping menambah ilmu pengetahuan berkaitan dinosour.

Nota :- Kalau korang teruja nak pergi, jangan risau pameran ini
           diadakan sehingga May 2011. Masih ada masa lagi untuk
           korang. Hehehe..

No comments: