Thursday, July 7, 2011

~ Jatuh Motor ~

Hari nie.. tatkala sedang tekun bekerja.. tiba-tiba member officeku call dan bertanya.. tahu ke tidak pasal encik suami.. terus terdetik.. mesti berlaku sesuatu pada encik suami.. tanya punya tanya, barulah aku tahu encik suami jatuh motor.. itupun setelah aku call dan bertanya sendiri pada encik suami.. satu habit encik suami, selagi boleh rahsia.. pasti encik suami rahsiakan dari aku.. sebab encik suami tahu kelemahan aku.. pasti gabra dan terlebih risau..

Call punya call.. barulah aku tahu.. encik suami jatuh motor gara-gara dihimpit oleh kereta.. kalau tengok motor elegance milik encik suami, macam tak teruk.. tapi kalau tengok encik suami, agak teruk juga.. terpaksa menggunakan tongkat gara-gara salah satu tulang di punggung retak.. terpaksa pakai tongkat agar tidak memberi tekanan pada kaki dan memberi effect pada kecederaan yang dialami.. dan gara-gara jatuh motor, tak pasal-pasal encik suami dapat MC.. kalau ikut doktor pakar KBMC sekurang-kurangnya encik suami perlu bercuti @ MC tiga minggu, untuk pastikan sembuh sepenuhnya.. harap-harap dan doa aku agar encik suami akan sembuh dan sihat kembali seperti sediakala..

NOTA :- Sesuatu yang aku pelajari hari nie, tatkala terjadi
            sesuatu kemalangan.. JUMPALAH DOKTOR PAKAR..
            kerana encik suami menghadapi dua situasi berbeza..
           tatkala di periksa doktor biasa, dibagitahu kecederaan
            biasa dan tidak serius.. namun atas rasa ragu-ragu,
            encik suami berjumpa doktor pakar.. dan diberitahu
            salah satu tulang punggung retak..

5 comments:

AmaLemELyn said...

Ala kesiannya kat abg zul...utk isteri xdpt cuti ker? hehehe.... so kak wati jadi p melancong ker x?

AmaLemELyn said...
This comment has been removed by the author.
awein said...

klu dah ader rekod senang ler dpt jumpa pakar....apa2 pun slmt bercuti deh

WATIE said...

cuti tetap cuti.. malaih aar nak cancel.. nanti kena gi kerja.. tunggukan.. kalau ada ole-oleh tu, maknanyer projek on la.. hehehe..

AmaLemELyn said...

cayalah...kak wati nk beli ole2..hehehe...ok2..kami tunggu...