Saturday, August 31, 2013

~ SaLaM KeMeRDeKaaN ~

Merdeka.. merdeka.. merdeka.. setiap tahun kita menyambut ulangtahun kemerdekaan negara  kita, MALAYSIA.. tahun ini, kita meraikan ulangtahun yang ke 56.. 56 tahun menghirup udara kemerdekaan.. apakah kita benar-benar merdeka.. kita telah merdeka dari penjajahan.. namun adakah kita betul-betul telah merdeka dari penjajahan di alam baru.. tepuk dada tanyalah minda kita masing-masing.. yang bergelar warga MALAYSIA..

NOTA : - Buat seluruh warga MALAYSIA.. selamat bercuti di hari MERDEKA.. selamat menyambut hari MERDEKA.. 

Saturday, July 27, 2013

~ Umrah 2013 : Catatan Kenangan 4 [30 Mac 2013] ~

Abah bersama tuan punya kedai Abaya tatkala membeli abaya di salah satu kedai abaya di Madinah


Madinah di  sebalik fasa-fasa pembangunan.. tidak sama tatkala menunaikan umrah kali pertama pada 2010


Jalan raya di sekitar Madinah


Ruang dalaman Masjid Nabawi


Antara lampu-lampu yang terdapat di dalam Masjid Nabawi


Antara ruangan solat kaum lelaki







Saturday, July 13, 2013

~ BoSaN SuDaH~

Bosan.. bosan. bosan.. bosan bila segelintir individu tidak mahu menerima teguran atau pandangan.. mestikah bila kita berkuasa, hanya kita yang betul..  mestikah bila kita berkuasa yang atas sentiasa betul dan yang bawah sentiasa salah.. sampai bila sikap begini harus ada.. atau mungkin ini yang dinamakan ego.. 

Seumpama seorang ayah dengan anak.. anak pasti menghormati si ayah.. namun andai ayah tersilap langkah.. pasti si anak menegur si ayah.. seumpama seorang abang dan adik.. adik pastinya menghormati si abang.. namun andai abang tersilap langkah, adik pasti menegur si abang kerana sayang seorang adik buat seorang abang.. seumpama seorang suami dengan isteri.. isteri pastinya menghormati sang suami.. namun andai sang suami tersilap langkah.. pastinya isteri dalam resah menegur sang suami.. seumpama seorang ketua dan orang bawahan.. orang bawahan pasti menghormati ketua mereka.. andai ketua tersilap langkah.. orang bawahan pasti menegur penuh hormat.. dan siapa pun kita jangan biarkan rasa hormat itu hilang.. dek gara-gara sikap kita..

Sekadar luahan rasa melihat suasana persekitaran dewasa ini.. moga luahan rasa ini dibaca dengan minda dan hati yang terbuka.. dan walau di mana pun kita berada.. walau siapa pun kita.. moga  kita sentiasa bermuhasabah diri.. kerana kita bukanlah insan yang sempurna..









~ Umrah 2013 : Catatan Kenangan 3 [Hari Kedua : 29 Mac 2013]





Jeng.. jeng. jeng.. 29 Mac 2013.. hari kedua aku, en. hubby, ibu dan bapa mertuaku di Kota Suci Madinah.. inilah antara daripada beratus-ratus gambar yang dirakamkan oleh lensa kameraku.. tatkala pergi dan balik dari Masjid Nabawi.. untuk kenang-kenangan dan di bawa pulang.. kerana sekeping gambar mampu memberi 1001 rasa di hati kita.. heheheh..

NOTA :- Selamat berpuasa untuk semua!!!!

Sunday, May 12, 2013

~ Umrah 2013 : Catatan Kenangan 2 [Hari Pertama : 28 Mac 2013] ~




Gambar-gambar di atas di rakamkan ketika aku bersama-sama encik suami, ibu dan bapa mertuaku dalam perjalanan pulang dari Masjid Nabawi ke hotel penginapan kami.. suasana ketika jemaah umrah dari seantero dunia serentak berjalan pulang dari Masjid Nabawi ke hotel penginapan masing-masing..

Manakala, gambar-gambar dibawah pula dirakamkan oleh lensa kameraku tatkala aku bersama-sama encik suami, ibu dan bapa mertuaku dalam perjalanan ke Masjid Nabawi dari hotel penginapan kami.. ketika ini kalau tak silap aku, kami dalam perjalanan ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat maghrib.. hah abaikan sahaja time yang dicatatkan pada setiap gambar-gambar berikut.. almaklum time yang dicatatkan adalah mengikut waktu Malaysia.. hehehe..




 Namun, berkongsi gambar-gambar kenangan di atas bukanlah bermakna@berniat untuk riak.. jauh sekali untuk aku membangga diri.. tapi dengan nawaitu yang satu.. yakni sekadar berkongsi gambar dari rakaman lensa kameraku.. moga melihat gambar-gambar ini dan membaca coretan kenangan umrahku.. membuka hati dan jiwa kalian followers dan silent reader  aku untuk menjadi tetamuNYA.. INSYAALLAH.. 




Wednesday, May 1, 2013

~ KoLeKSi BuKu : PeSTa BuKu AnTaRaBaNGSa KuaLa LuMPuR 2013 ~

~ Hasil Jalan-Jalan Cari Buku Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ~

Salam hari pekerja buat kalian semua.. pembaca tegar, pengikut setia mahupun pembaca senyap yang membaca blog aku.. hah dah alang-alang bercuti sempena hari pekerja yang disambut hari ini.. maka aku dan encik suami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan cari buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang diadakan di PWTC.. sebenarnya kalau ikut perancangan last week lagi aku nak pergi.. namun last minute rancangan dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan di Muar, Johor..

Nak pergi hujung minggu nie pula.. tak boleh juga.. dek kerana aku dan encik suami balik ke kampung masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.. chewah.. apa lagi mengundi ler.. maka, hari ini jer la hari yang sesuai untuk aku menghabiskan masa jalan-jalan cari buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013..

Ingatkan tak ramailah orang hari ini.. pergi-pergi.. apa nak dikata, ramai gila orang.. nak jalan pun bersesak-sesak.. apa lagi nak membaca sinopsis, memilih dan membeli buku.. belum ditambah lagi kepanasan gara-gara kepadatan manusia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.. 

Akhirnya, aku sambar jer buku-buku di atas.. selain buku sekolah untuk anak-anak buah aku.. hah inilah koleksi buku terkini aku.. buku Anekdot Madinah dan  Aroma Antara Benua tu memang aku nanti-nantikan.. almaklum la sebelum nie aku kan pengikut senyap blog penulis buku terbabit.. hehehhe.. novel Pelangi Cinta Buat Suami karya tulisan Acik Lana aku dah ikuti di blog Acik Lana lagi.. hah paling best karya tulisan Aina Emir siap ada autograf Aina Emir lagi.. novel-novel Aina Emir memang aku ikut dari dulu lagi.. alang-alang dah jalan-jalan cari buku, aku pun belilah novel beliau.. apa lagi bila diberitahu, itu adalah novel terbaru dari beliau.. hah, kalau korang nak tahu, kalau ikut banyak lagi nak beli.. tapi dek kerana kesesakan @ kepadatan manusia di PWTC.. maka aku simpankan jer hasrat terpendam ku itu ke tahun hadapan.. 


NOTA :-  Kalau korang ulat buku, jangan lepaskan peluang jalan-jalan
              cari buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013...
              rasanyer kalau nak selesa.. eloklah korang jalan-jalan cari
              buku di sini pada hari bekerja.. mestit tak sepadat, 
              semampat dan sesesak time hari cuti!!!
              


Tuesday, April 16, 2013

UMRAH 2013 : CaTaTaN KeNaNGaN 1


 ALHAMDULILLAH.. aku dan encik suami telah dijemput menjadi tetamuNYA pada 27 Mac 2013 hingga 10 April 2013... Untuk kali kedua, aku dan encik suami sepakat memilih Saudi Airlines untuk umrah kami.. Dan ALHAMDULLILLAH penerbangan kami adalah penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Madinah..


Dan untuk kali kedua juga, kami memilih pakej umrah Andalusia Travel & Tours..  Kali ini kami berdua pergi bersama-sama kedua ibu dan bapa mertuaku.. ALHAMDULLILAH..  tercapai hasrat dan impian encik suami untuk membawa kedua ibu bapa mertuaku menunaikan umrah, setelah kali pertama kami berdua pergi bersama keluargaku.. TERIMA KASIH YA ALLAH..